Jep Sepahtu Kemalangan Jalanraya !!!!


Pelbagai dugaan yang dihadapai oleh Jep Sepahtu sejak kebelakangan ini, selepas dituduh mengamuk kerana kumpulan Zero menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014, kini beliau ditimpa kemalangan pula...

Semalam, Jep telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya yang menampakkan kereta beliau calar dan pancit pada bahagian tayar hadapan. Ramai peminat yang beranggapan mungkin ia disebabkan lubang di jalan raya kerana rim tersebut telah bengkok...

Walaubagaimanapun, Jep dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibantu oleh kawan karibnya untuk urusan membetulkan kereta tersebut...



Alhamdullilah, syukur kerana Jep Sepahtu tidak apa-apa. Kita harus berhati-hati ketika memandu apatah lagi jika hujan kerana jalan agak licin dan jarak penglihatan agak kurang. Tidak mengapalah jika kereta kita mengalami kerosakan sedikit...

0 Response to "Jep Sepahtu Kemalangan Jalanraya !!!!"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA]]]