Gempak !! Haniz Zalikha Bertudung Hanya Untuk Menggembirakan Ibu Bapanya Sahaja


Antara ayat-ayat yang sering dikeluarkan apabila seorang selebriti wanita yang akan berkahwin mengambil keputusan untuk bertudung ialah ‘dah nak kahwin baru nak tudung, takut suami tanggung dosa. Habis yang selama ini si ayah tanggung dosa taknak fikir pulak?‘. Memang kejam dan kasar ayat tersebut. Mungkin tanggapan itu bermain di fikiran para peminat apabila Hanis Zalikha mengumumkan yang dirinya kini bertudung sepenuhnya. Namun ternyata niat utama pelakon dan blogger popular ini menutup aurat ialah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya, bukannya demi Hairul Azreen semata-mata...


 Ibu dan ayah mana yang tidak mahu melihat anak dara mereka mengikut tuntutan agama, lebih-lebih lagi sebelum si anak bergelar isteri orang. Pastinya orang yang paling gembira dengan tindakan Hanis Zalikha ini adalah ibu bapanya. Untuk makluman, Hanis telah pun menimbang hasrat untuk menutup aurat ini beberapa bulan sebelum ini. Terharu Abang Nara membaca kata-kata Hanis. Katanya:-

    Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak=banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya...

    Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru...

    Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit...


Luahan hati yang sama turut dimuatnaik oleh Hanis menerusi akaun Instagramnya...

0 Response to "Gempak !! Haniz Zalikha Bertudung Hanya Untuk Menggembirakan Ibu Bapanya Sahaja "

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA]]]